02 January 2012

Surat Mohon Khidmat Nasihat dan Kepakaran Teknikal


Letterhead Jabatan


Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
Bandar Darulaman
06000 Jitra
Kedah

Tuan,

PERMOHONAN MENDAPATKAN KHIDMAT NASIHAT DAN KEPAKARAN TEKNIKAL

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 
Jabatan ini memohon khidmat nasihat En. xxxxxxxxxxxxxxxxxxx (Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41)

2. Kami ingin mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran teknikal tuan di atas perkara-perkara berikut :-
2.1 Kegagalan firewall berfungsi menyebabkan user sewenang-wenangnya melayari laman web yang tidak sepatutnya.
2.2 Konfigurasi network yang melibatkan core switch, distribution switch dan access switch yang menyebabkan network performance sangat teruk.
2.3 Konfigurasi Wireless Access Point yang memudahkan outsider masuk ke intranet jabatan.

3. Tarikh dan yang dicadangkan ialah pada ……….. Adalah diharapkan pihak tuan dapat memberi maklumbalas dengan segera. Kami mengharapkan kepakaran tuan dapat memberi kesan dan impak yang baik kepada jabatan ini. Kerjasama dan perhatian tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.